SEJARAH PENUBUHAN

Pada tahun 1999,
Semasa lawatan rasmi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi yang pada ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri ke Bukit Aman pada 4hb Februari 1999 telah menyarankan agar pihak PDRM dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) dapat menubuh dan mewujudkan kor Sukarelawan Siswa Polis (SUKSIS POLIS) selaras dengan unit Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) tentera yang telah diwujudkan di seluruh IPTA semenjak beberapa tahun lalu.

  Penggunaan Undang-undang tubuh sukarelawan Polis (PVR), kewangan dan perjawatan merupakan dasar jangka pendek bagi penubuhan SUKSIS di IPTA. Ketua Polis Negara telah bersetuju tambahan dibuat pada Akta Polis 1967 Bhg XII Sek.77(1)-84 bagi kuasa sepenuhnya penubuhan SUKSIS di IPTA.

Pada tahun 2004,
 
  Untuk melihat penubuhan Kor Sukarelawan Siswa Polis ( SUKSIS ) di UiTM Pulau Pinang menjadi kenyataan, maka satu mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Tingkat 9, Kompleks Perdana, UiTM Pulau Pinang pada 17hb Jun 2004. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pemangku Pengarah Kampus UiTM Pulau Pinang, Prof Madya Mohd Zaki Bin Abdullah bersama para  pegawai dari IPK Pulau Pinang,   kakitangan UiTM Pulau Pinang dan pegawai serta jurulatih Kor SUKSIS dari UUM Sintok, Kedah. Antara perkara yang dibincangkan adalah perkara-perkara penting dari segi keperluan asas,logistik,penyertaan siswa/siswi dan tenaga pengajar serta perkara-perkara lain yang bersangkut dengan penubuhan Kor SUKSIS di UiTM Pulau Pinang.

  Hasil daripada mesyuarat itu maka pada 23/6/04 jam 9 pagi hingga 5 petang bertempat di Bilik Kuliah 3,Tingkat 3, Kompleks Perdana UiTM Pulau Pinang pemeriksaan fizikal telah diadakan kepada siswa/siswi yang berminat menganggotai Kor Sukarelawan Siswa Polis (SUKSIS) pemeriksaan fizikal telah dijalankan oleh jurulatih berpengalaman daripada Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur ( PULAPOL) terdiri daripada SM Zainal dan Sjn 66872 Zakaria dan di bantu oleh C/Insp Norma Bt Dun serta anggota-anggotanya terdiri daripada Kpl 124440 Bukhari Bin Bakar, Kpl Mahadir, Kpl Ariffin dan dibantu oleh wakil UiTM Pulau Pinang terdiri daripada Pn. Che Pauziah Bt Lazim selaku penyelaras Kor SUKSIS, En. Harris dan En.Mustafa. Turut sama dalam pemeriksaan fizikal ini ialah anggota Stor Bekalan IPD SPT yang mengambil saiz kasut serta beret bagi peserta yang lulus ujian fizikal. Seramai 81 peserta yang lulus ujian fizikal telah diberikan surat tawaran untuk menghadiri temuduga. Bermula dari saat tersebut, Kor SUKSIS UiTM Pulau Pinang telah ditubuhkan secara rasmi.