Sunday, October 17, 2010

FINAL EXAM

Assalamulaikum..

sedar atau tidak dah hampir 4 bulan kita dah berada di UiTM ini.... sekejap je rasa masa berlalu... sekarang dah tiba masanya untuk kita menduduki final exam.... dah bersedia ke kita... itu kena tanya diri sendiri la.... haha.... apa2 pun pihak suksis mengucapkan selamat menduduki peperiksaan... semoga semua anggota suksis dapat menjawap kertas peperiksaan dengan jayanya... marilah kita sama2 berdoa demi kebaikan semua...

Di sini ada doa ketika peperiksaan. Insya Allah bolehlah baca sblm kita memulakan peperikasaan kita.... semoga kita mendapat keberkatan, keredhaan dan ketenangan drpd Allah swt.. Insya Allah

"SEMOGA MENGHADAPI PEPERIKSAAN FINAL"

Friday, September 17, 2010

Road To The Campus


Assalamulaikum..salam ukhuwah fillah..

haha..setelah 2 minggu kita bercuti sakan, kini kembali belajar..cian2..da xdpt nak collect duit..xdpt nak kuar ngn kwn2 lama..skrg tiba masa belajar belajar belajar dan belajar..haha hopefully kita semua sihat2 belaka, masih diberi peluang utk berjumpa antara 1 sama lain..insya Allah..didoakan kpd semua,selamat pulang ke kampus.. berhati2 di jalan raya.. igt la org tersayang..anda mampu mengubahnya..hehe

Di sini ada doa naik kenderaan. Insya Allah bolehlah baca sblm kita memulakan perjalanan kita. Semoga perjalanan kita mendapat keberkatan, keredhaan dan keselamatan drpd Allah swt.. Insya Allah

Akhir kata,

SELAMAT JALAN
SEMOGA BERJUMPA LAGI

~~Insan Tak Sempurna~~

Tuesday, September 7, 2010

Salam Lebaran

Kicauan burung di pagi hari
Sungguh merdu bunyi siulan
Hamba menyusun 10 jari
Salah dan silap harap dimaafkan

Bunyi mercun sungguh bergema
Memecah kesunyian di malam hari
Bulan kemenangan umat Islam kian menjelma
Salam Lebaran Salam Aidilfitri


Assalamualaikum..Memandangkan hari lebaran yg kian tiba ni, kami Skuad 1/08 di sini ingin menyusun 10 jari memohon 1000 kemaafan dr rakan2 andai di spnjg perkenalan kita ada tersilap bicara, perbuatan yg tidak disenangi sama ada secara sedar ataupon tidak..Semoga Aidifitri thn ni membawa 1000 makna kpd kita semua..Semoga kita msih dipertemukan lg naik cuti sem nnt..Insya Allah..Kita hanya mmpu mrncg,tp perancangan Allah adalah sebaik2 perancangan..

Akhir kata ;
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

~~Insan Tak Sempurna~~

Friday, August 20, 2010

Kenangan Terindah

Assalamualaikum..Salam Ukhuwah Fillah..

Gulai Ikan Masak Sekawah
Di Masak Oleh Beruang Amerika
Kenangan Terukir Terjalin Ukhwah
Kem Paya Pahlawan Tempat Teroka

Beruang Amerika Namanya Riki
Diternak Oleh Anak Mak Siti
6,7,8 Ogos Tarikh Hakiki
Program Ukhwah Suksis Tersemat Dihati

Pelbagai usaha yang gigih oleh barisan Urusetia Program Ukhwah Suksis telah dilakukan. Pelbagai cabaran dan dugaan telah kami lalui. Alhamdulillah program ini berjalan lancar. Ia memang susah nak diucap dengan kata-kata. Biarlah gambar di bawah mengertikan segalanya.


TAHNIAH BARISAN URUSETIA SEKALIAN.!!!

~~Insan Tak Sempurna~~

Wednesday, August 18, 2010

Ramadhan Al-Mubarak


Assalamualaikum..Salam Ukhuwah Fillah..

Tanggal 11.08.2010 yang lepas merupakan permulaan hari yang amat menggembirakan bagi seluruh umat Islam. Pelbagai dugaan dan cabaran telah kita lalui selama seminggu ini,namun Nabi bersabda, bagi sesiapa yang bergembira dengan kedatangan Ramadhan, kulitnya tidak akan terkena api neraka. Oleh itu sama-samalah kita meraikan Ramadhan Al-Mubarak ini dengan sebaik-baiknya. Sabarlah dalam menempuhi segala ujian Allah. Semoga Ramadhan kali ini boleh menjadi titik permulaan untuk penghijrahan kita dari yang buruk kepada yang baik dan juga penghijrahan yang baik kepada yang lebih baik. Insya Allah.

Akhir kata ;
- Selamat berpuasa.
- Selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak.
- Selamat beribadah.
- Sambutlah Ramadhan ini dengan sebaiknya. Mudah-mudahan kita beroleh rahmat dan keberkatan daripada-Nya.

Sekian..

~~Insan Tak Sempurna~~

Saturday, August 14, 2010

Kem Ukhuwah 2010

Assalamualaikum....

untuk permulaannya kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada skuad 2010 kerana memberikan komitmen yang sepenuhnya sepanjang kem ukhuwah dijalankan. Terima kasih juga kepada jurulatih yang sudi menemani kami sepanjang aktiviti dijalankan di kem ukhuwah. Kepada urusetia pula, kamu semua adalah yang terbaik. Kerana tanpa kamu semua kem ukhuwah ini tidak mungkin akan berjaya. Semoga Allah S.W.T membalas jasa kamu semua. InsyaAllah.

Kem ukhuwah 2010 ini telah diadakan di Kem Paya Pahlawan, Jitra,Kedah pada 6 hingga 8 ogos 2010. Kem ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara para pelatih baru skuad 2010 serta memberi peluang kepada skuad yang lebih senior skuad 2008 dan skuad 2009 mengendalikan sesebuah program. Kem ini telah dirancang dan diatur dengan teliti oleh presiden kita En Mohd Zaki bin Rusli dan dibantu oleh ajk yang telah dilantik. Seramai 68 pelatih skuad 2010 dan 40 urusetia teridiri daripada skuad 2008 dan 2009 telah meyertai kem ini.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan disana antaranya, LDK, Sukaneka, Explorace, Malam Keinsafan serta Night Walking. Di kem tersebut, semua pelatih dan urusetia telah tidur didalam khemah. Ini menepati konsep kem ukhuwah yang inginkan pelatih merasa kesusahan untuk mendisplinkan diri serta merasa cara sebenar seorang anggota polis itu bertugas. Butiran aktiviti adalah seperti dibawah:

Tarikh : 6-8 Ogos 2010

Tempat : Kem Paya Pahlawan, Jitra, Kedah.

Aktiviti :

Jumaat Sesi Taaruf, Pembahagian Kumpulan

Sabtu - Senam pagi, Sukaneka, LDK (Latihan dalam kumpulan), Explorace, Malam keinsafan

Ahad - Night Walking, Majlis perlantikan AJK tertinggi 2010, Majlis Penutup


“Semoga Ukhuwah yang terjalin akan kekal Selama-lamanya”

Wednesday, August 11, 2010

Assalamualaikum.......

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan keizinanya kita berjaya menubuhkan blog suksis uitm penang ini. Setelah hampir sebulan mencari bahan-bahan untuk dimasukkan ke dalam blog siap la blog yang tak seberapa ini. Blog ini telah diilhamkan oleh presiden PEKAS sekarang, Muhammad Zaki bin Rusli. Blog ini dicipta bagi menunujukkan suksis UiTM Penang tidak ketinggalan dalam segi IT dan teknologi. Blog ini juga dicipta bagi memudahkan segala aktiviti yang dijalankan disampaikan kepada para pelatih dengan cara paling cepat dan mudah. Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada semua para pelatih. InsyaAllah......