Saturday, August 14, 2010

Kem Ukhuwah 2010

Assalamualaikum....

untuk permulaannya kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada skuad 2010 kerana memberikan komitmen yang sepenuhnya sepanjang kem ukhuwah dijalankan. Terima kasih juga kepada jurulatih yang sudi menemani kami sepanjang aktiviti dijalankan di kem ukhuwah. Kepada urusetia pula, kamu semua adalah yang terbaik. Kerana tanpa kamu semua kem ukhuwah ini tidak mungkin akan berjaya. Semoga Allah S.W.T membalas jasa kamu semua. InsyaAllah.

Kem ukhuwah 2010 ini telah diadakan di Kem Paya Pahlawan, Jitra,Kedah pada 6 hingga 8 ogos 2010. Kem ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara para pelatih baru skuad 2010 serta memberi peluang kepada skuad yang lebih senior skuad 2008 dan skuad 2009 mengendalikan sesebuah program. Kem ini telah dirancang dan diatur dengan teliti oleh presiden kita En Mohd Zaki bin Rusli dan dibantu oleh ajk yang telah dilantik. Seramai 68 pelatih skuad 2010 dan 40 urusetia teridiri daripada skuad 2008 dan 2009 telah meyertai kem ini.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan disana antaranya, LDK, Sukaneka, Explorace, Malam Keinsafan serta Night Walking. Di kem tersebut, semua pelatih dan urusetia telah tidur didalam khemah. Ini menepati konsep kem ukhuwah yang inginkan pelatih merasa kesusahan untuk mendisplinkan diri serta merasa cara sebenar seorang anggota polis itu bertugas. Butiran aktiviti adalah seperti dibawah:

Tarikh : 6-8 Ogos 2010

Tempat : Kem Paya Pahlawan, Jitra, Kedah.

Aktiviti :

Jumaat Sesi Taaruf, Pembahagian Kumpulan

Sabtu - Senam pagi, Sukaneka, LDK (Latihan dalam kumpulan), Explorace, Malam keinsafan

Ahad - Night Walking, Majlis perlantikan AJK tertinggi 2010, Majlis Penutup


“Semoga Ukhuwah yang terjalin akan kekal Selama-lamanya”

No comments:

Post a Comment